Ada apa dengan FaceBook(Part 1)?

Posted in Pandangan Jazaree on September 5, 2009 by jazaree

Jikalau aku lemparkan batu ke mana-mana remaja di tepi jalan, kemudian aku tanyakan kepada remaja-remaja tersebut dengan soalan lebih kurang begini; ” adakah korang semua mempunyai Facebook?” aku dapat berikan jaminan yang 80% daripada remaja-remaja tersebut akan mengaku mempunyai laman sosial Facebook.  Facebook telah berkembang dengan pesat pada era ini, dan telah mengalahkan laman-laman sosial yang dominan sebelum kemunculan Facebook, seperti frienster, myspace, tagged, dll. Perkembangan laman sosial Facebook ini bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Apa yang menariknya dengan Facebook ini?

Di sini aku akan senarai beberapa perkara yang pro dan kontra dengan Facebook ini. Biar aku start dengan pro dulu.

1. Salah satu cara mencari kenalan

Tidak aku nafikan yang facebook merupakan salah satu cara untuk mencari kenalan baru di seluruh dunia. Dengan hanya menaip beberapa data, anda akan mendapat kenalan baru. Mudah bukan? Salah satu ciri yang terdapat dalam Facebook adalah meminta user memasukkan data yang sebenar mereka, tidak seperti laman Friendster dan lain-lain yang kurang formal dari segi displaynya. Jadi, maklumat sebenar akan menyebabkan kecenderungan kita untuk kenal kepada seseorang kenalan di dalam Facebook adalah amat tinggi.

2. Menghubungkan dengan rakan-rakan lama

Disebabkan facebook memaparkan jaringan rakan-rakan kepada rakan anda itu(mutual friends), jadi anda dengan mudahnya dapat mencari semula kenalan-kenalan lama anda semasa sekolah dahulu. Anda dapat menghubungi mereka kembali dengan amat-amat mudah sekali. Hanya dengan menghantarkan comment kepada si rakan tersebut. Tambahan pula, laman Facebook lebih ringan berbanding dengan laman sosial yang lain mengurangkan loading time untuk menghantar komen kepada rakan-rakan anda. Kelebihan ini menyebabkan ramai yang dahulunya mempunyai laman sosial yang lain beralih kepada Facebook.

3. Kuiz-kuiz dan permainan online

Kuiz dan permainan online yang disediakan di dalam platform Facebook amat menghiburkan hati dan dapat merehatkan minda. Terdapat beratus-ratus kuiz yang disediakan oleh Facebook dan juga dicipta oleh user Facebook itu sendiri. Begitu juga dengan permainan online, anda boleh memilih permainan mana yang sesuai dengan jiwa anda. Aku berpendapat ini merupakan satu kelebihan Facebook berbanding laman yang lain.

4. Fungsi chatting

Fungsi chatting juga merupakan kelebihan Facebook. Anda akan dapat melihat rakan anda online dan berhubung dengan mereka seperti anda berhubung menggunakan Yahoo Mesengger, Skype, Meebo, MSN dll.  Mudah bukan?

5. Forum-Forum

User juga dapat join forum dan group yang terdapat di dalam Facebook. Selain itu, user juga dapat mencipta forum dan group mereka yang tersendiri. Ini merupakan satu medium dimana user-user di dalam Facebook berbincang sesama group mereka di atas sesuatu isu yang mereka utarakan.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang dominan di dalam Facebook yang aku nampak. Namun, setiap benda yang menarik pasti mempunyai kontranya. Next post aku akan bincangkan tentang kontra kepada pro2 yang sudah aku senaraikan tadi.

jazaree

Mikrocip Di Dalam Vaksin H1N1(ibnuyaacob.com)

Posted in Artikel-Artikel on September 4, 2009 by jazaree

oleh Ibnuyaacob

vedrichip_protest2

Adakah mampu golongan kapitalis Yahudi ini memasukkan nano robot di dalam vaksin H1N1? Atau adakah mereka mampu mengawal seluruh manusia dengan hanya nano robot? Apakah perisian yang terkandung di dalam nano robot?

“Dasar Kawalan Populasi” atau “Dasar Mengurangkan Populasi” penduduk dunia

Semenjak berlakunya penularan wabak H1N1, ia merupakan peluang terbaik pihak Illuminati untuk menjalankan dasar mengawal minda manusia (mind control project). Penelitian kami mendapati pelan induk projek ini adalah ucapan David Rockefeller mengenai kawalan populasi manusia pada satu majlis makan malam anjuran Business Council di Amerika.

Misi kawalan populasi manusia yang dibentangkan oleh Rockefeller bukanlah bermakna mematikan manusia dalam jumlah yang besar. Isu H1N1 sama tarafnya dengan isu SARS, HIV, Birdflu dan lain-lain, ia memang boleh membawa kematian tetapi kematian dalam jumlah yang tinggi adalah sukar dan masih kurang dari 0.5 % daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia.

Jadi apakah fungsi virus H1N1?

Ianya berfungsi untuk menimbulkan satu suasana panik dikalangan masyarakat, tokoh-tokoh politik dan kerajaan seluruh dunia. Keadaan panik harus dijana oleh satu elemen yang menakutkan.

Jadi, di dalam situasi ini, elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis.

Sesungguhnya kami menjangkakan kemuncak isu wabak selsema babi ini adalah perlaksanaan program-program pemvaksinan secara paksa ke atas masyarakat. Pemaksaan tersebut adalah berkaitan satu projek rahsia Illuminati untuk memasukkan mikrocip-mikrocip ke dalam tubuh manusia.

Penggunaan Nano Robot di dalam vaksin

Satu-satunya syarikat yang digunakan kerajaan Amerika untuk membina mikrocip yang boleh dipasang pada badan manusia ialah VeriChip Corperation. Syarikat yang berpengkalan di Florida ini juga bertanggungjawab dalam membina kapsul-kapsul Radio Frequency Identification (RFID) yang boleh diletakkan di dalam kulit manusia di Amerika.

Umum mengetahui bahawa sejarah penciptaan RFID membuktikan bahawa kapsul berkenaan mampu menyimpan segala maklumat perubatan dan biologi pemakainya tanpa si pemakai itu sedari. Kapsul RFID itu juga boleh diakses oleh satelit dan disampaikan kepada server -server pihak yang mahu memanipulasi data.

Pada awal 2009 ini, didapati VeriChip Corp. telah membuat usahasama dengan syarikat Receptor LLC yang berpengkalan di Minnesota untuk membina satu mikrocip dalam badan manusia yang mampu mengesan virus.

Pengarah VeriChip sendiri iaitu Dr. Scott R. Silvermann mengakui projek sulit ini kepada akhbar WorldNetDaily, beliau menegaskan;

“As we continue to build on our partnership with Receptors, which started with the development of a glucose-sensing RFID implantable microchip, we are moving beyond patient identification to sensors that can detect and identify illnesses and viruses such as influenza,”

“This is an exciting next step for the future of our healthcare division.”

Projek “besar” yang tidak popular ini (sengaja tidak dipopularkan) dilihat sebagai sebab utama Illuminati melancarkan program mewabakkan masyarakat dunia dengan Selsema Babi. Walaupun agak rambang jangkaan kami tetapi sejarah dunia konspirasi telah membuktikan bahawa tiada satu pun yang mustahil di dalam teori-teori konspirasi.

Alasan mengesyaki perkara ini kami asaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun ini berkenaan Selsema Babi iaitu:

  • 1 Oktober 2008 – Bush meluluskan dana pembinaan vaksin selsema bernilai USD1.6 juta untuk Institut Tredau dan Makmal Tentera Laut Amerika.
  • Januari 2009 – VeriChip dan Receptor LLC menjalin usahasama membina implan mikrocip manusia.
  • April 2009 – kes pertama Selsema Babi (SB) dikesan di Mexico.
  • 20 April 2009 – seorang doktor pakar yang bekerja di Israel Institute of Biological Research (IIBR) telah ditangkap polis Israel kerana disyaki menjadi perisik kepada Russia tentang maklumat-maklumat pembinaan vaksin di IIBR.
  • Mei 2009 – Receptor LLC mengeluarkan kertas kerja ringkas bertajuk “An Intergrated Sensor System For The Detection Of Bio-Threats From Pandemics To Emerging Diseases To Bioterrorism”.
  • Ogos 2009 – VeriChip Corp telah menjual 1,000 mikrocip RFID kepada Jabatan Kesihatan Daerah Green River di Kentucky, Amerika tanpa diketahui sebabnya dan tiada sebarang sidang media.

Pemvaksinan masyarakat adalah projek menyuntik mikrocip

Program pemvaksinan secara besar-besaran di seluruh dunia adalah tidak syak lagi ia merupakan satu propaganda kapitalis Zionis untuk melaksanaka suntikan mikrocip ke dalam tubuh badan manusia.

Manakala pengilang-pengilang vaksin seperti Novartis, Baxter, GlaxoSmithKline dan lain-lain juga kami yakin telah pun bersiap sedia meletakkan mikrocip ini ke dalam botol-botol vaksin yang bakal diedarkan seluruh dunia.

Kedegilan WHO untuk memberi tender kepada pengilang-pengilang Zionis ini juga amat mengecewakan walaupun pelbagai surat khabar antarabangsa, badan-badan kesihatan dunia, persatuan-persatuan doktor pakar telah mengecam melalui pelbagai artikel tentang skandal-skandal yang menyelubungi syarikat-syarikat vaksin ini.

process1

(Gambar) Carta skematik sistem mengesan virus yang diperkenalkan oleh Dr. Robert E. Calrson dari syarikat Receptor LLC.

Rasional penggunaan Nano Robot di dalam vaksin H1N1

Seperkara yang perlu kita ketahui ialah mikrocip yang bakal dimasukkan ke dalam badan bukanlah seperti cip-cip CPU komputer yang sebesar ibu jari itu. Mikrocip adalah cip-cip yang telah dikecilkan saiznya dengan kadar elektron yakni 10 kali lebih kecil dari bakteria.

microchip_receptorllc

(Gambar) replika mikrocip keluaran Receptor LLC yang bakal diletakkan dalam badan manusia melalui suntikan vaksin.

Bagaimana pula mikrocip-mikrocip akan bergerak di dalam badan?

Kenderaan yang akan membawa mikrocip di dalam badan manusia ini juga bersaiz elektron yang dipanggil Nano Robot. Robot kecil ini akan memegang mikrocip dan bergerak mengikut saluran darah di keseluruhan badan.

Perkara ini bukanlah teknologi masa depan, angan-angan atau fantasi, ianya telah pun dicipta oleh jurutera-jurutera Hitachi Corparation sejak 1990-an lagi. Malah idea pembinaan nano robot bagi kegunaan perubatan pula diilhamkan oleh Dr. Jose MR. Delgado pada 1974. Ketika itu Dr. Jose adalah Pengarah Jabatan Neuropsikatri di Universiti Yale, Amerika.

(Gambar) contoh replika nano robot yang ditunjukkan di dalam majalah Popular Science

Antara ciri-ciri lain Nano Robot ialah saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut manusia. Ia mempunyai ingatan terbina dalam (Built-in Memory) melebihi 512 kilobyte. Selain itu, pergerakannya juga adalah berasaskan frekuensi ELF. Kemungkinan nano robot juga telah mengalami evolusi teknologi yang lebih canggih pada masa sekarang.

Tujuan meletakkan mikrocip

Tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mencuri maklumat manusia secara rambang dan mengkordinasi sistem biologi badan. Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kapitalis Zionis menyimpan data-data berpuluh-puluh juta manusia seluruh dunia yang dimasukkan mikrocip.

Sebagai contohnya, komputer mainframe (pengkalan data utama)yang dibekalkan syarikat IBM Corp. kepada syarikat kewangan China pada 1999 mampu memproses semua maklumat kewangan seramai 1 billion orang dalam sesuatu masa.

Sekiranya teknologi mainframe pada 1999 sudah mampu memproses maklumat 1 billion orang, apatah lagi pada era 2009 ini. Oleh itu, penyuntikan mikrocip sebagai pencuri maklumat penduduk dunia yang berpuluh-puluh juta adalah tidak mustahil.

(Gambar) contoh mainframe yang menyimpan berbilliion maklumat

Kami percaya, nano robot yang dihasilkan pada era sekarang mampu menyelinap di saluran-saluran darah pada otak manusia. Kemungkinan juga nano robot ini sudah mencapai tahap boleh memuat turun perisian-perisian pemikiran dari pusat pengkalan data ke masyarakat seluruh dunia hanya melalui gelombang satelit.

Wallahu’alam …

P/S : Wabak selsema babi sememangnya satu bala kepada manusia tetapi sebenarnya ia bala kepada umat Islam yang tidak mahu berfikir dan membaca.

Bagaimanakah Programmer Robot Memprogramkan Robot Mereka?

Posted in Pandangan Jazaree on Ogos 29, 2009 by jazaree

Bagi yang sudah familiar di dalam bidang robotik ataupun bidang yang seangkatan dengannya, pastinya akan tahu bagaimanakah kaedah programmer-programmer robot memprogramkan robot mereka. Namun, bagi masyarakat umum yang masih tidak didedahkan dengan benda-benda seperti ini, mereka pastinya akan berasa pelik bagaimana para programmer robot dapat memberi arahan kepada robot-robot mereka.

Sebenarnya, untuk memberi arahan kepada robot untuk melakukan sesuatu operasi tidaklah semudah seperti kita memberi arahan kepada anak-anak buah kita. Ataupun seperti cikgu memberi arahan kepada anak muridnya supaya melakukan sesuatu. Memberi arahan kepada robot sebenarnya lebih kompleks dari itu lagi. Programmer robot harus mengetahui bahasa yang robot dapat faham apa yang hendak dilakukannya. Dalam erti kata yang lain, programmer harus mempunyai kefahaman tentang machine code. Machine code adalah satu bahasa yang mesin dapat faham, bagi kita manusia boleh memahaminya dengan menukarkan kod-kod tersebut kepada high level language ataupun kepada low level language.Apakah itu high level language dan low level language? High level language adalah satu bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami oleh manusia(programmer) sementara low level language pula adalah satu bahasa yang lebih kepada bahasa mesin, namun tidak sepenuh nya bahasa mesin.

Apabila programmer mahu memprogramkan robot mereka, terdapat pelbagai cara untuk programmer-programmer tersebut memprogramkan robot mereka. Salah satu cara ialah dengan memprogramkan robot mereka dengan menggunakan high level language seperti C, C++, MikroC. Setiap software ini akan mempunyai compiler yang tersendiri. Fungsi compiler adalah menukarkan high level language tersebut kepada HEX code. HEX code ini akan di’burn’kan ke dalam microcontroller( berfungsi seperti otak) robot tersebut. Apabila HEX code tersebut telah di’burn’ ke dalam microcontroller, barulah robot itu dapat berfungsi seperti arahan yang kita telah berikan di dalam HEX kod tersebut. Sesuatu robot boleh mempunyai bentuk yang sama tetapi fungsi yang berbeza disebabkan oleh HEX kod inilah. HEX kod boleh berbeza-beza bergantung kepada kreativiti si programmer tersebut.

Source code menggunakan mikroC software

Satu lagi fakta yang menarik tentang robot, tahukan anda bahawa sebenarnya robot kita hanya memahami nilai 0 dan 1 sahaja? Nilai selain dari nilai 0 dan 1 robot tidak akan dapat memahaminya. Jadi, program-program yang telah dijana tadi semuanya akan ditukar oleh mesin kepada nilai 0 dan 1, ataupun dipanggil nilai binary. Nilai-nilai di dalam binary sangat sukar difahami oleh manusia, namun dengan mudahnya difahami oleh robot tersebut.

binary code

Itu adalah serba ringkas bagaimana programmer memprogramkan robot mereka. Jikalau dizinkan Allah, saya akan menaip lagi artikel berkenaan robot.

Jazaree

Robot yang Dapat Solat?

Posted in Pandangan Jazaree on Ogos 28, 2009 by jazaree

Baru-baru ini, dalam kesibukan aku mencari tajuk untuk final year project aku berkenaan dengan robot, aku terjumpa satu robot humanoid yang agak menarik juga aku rasakan. Walaupun robot ini cuma robot biasa, namun apa yang membuatkan ia istimewa bagi aku apabila programmer robot tersebut telah memprogramkan pergerakan solat kepada robot tersebut. Satu benda yang aku rasakan kebanggaan apabila programmer Islam menhubungkaitkan agamanya dengan teknologi yang dipelajarinya.

di sini adalah link tersebut:

Sebelum itu, eloklah aku ceritakan secara ringkas apa itu robot humanoid? Robot humanoid adalah robot yang dicipta dengan tujuan untuk mengikuti perbuatan manusia. Pada masa kini, robot humanoid telah menjadi kegilaan para-para pencipta robot untuk membangunkan robot tersebut. Contoh robot humanoid yang termaju sekarang yang dapat kita lihat adalah di negara Jepun. Robot Asimo yang dibangunkan oleh Honda. Di Malaysia, robot humanoid masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan. Walaupun teknologi kita agak jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju, namun pujian haruslah diberikan kepada pencipta-pencipta robot muslim yang sanggup menghabiskan masa mereka untuk membuat robot. Diharapkan dengan usaha mereka, umat Islam suatu hari nanti akan menguasai teknologi robotik ini.

Apakah perbezaan antara programmer robot muslim dan programmer robot bukan muslim? Bagi aku, programmer robot muslim yang sejati akan melakukan tugas-tugasnya membuat robot kerana ingin memajukan agama Allah ini. Sedangkan programmer bukan muslim pula membuat robot hanya kerana ingin mengejar perkembangan teknologi semata-mata dan mendapat kepuasan hanya untuk diri sendiri. Sedangkan, programmer robot muslim, akan berusaha memajukan dirinya untuk masyarakat Islam.

Berbalik kepada robot humanoid yang dapat melakukan ritual solat tadi, untuk membolehkan robot tersebut melakukan ritual tersebut, banyak motor diperlukan untuk melakukan pergerakan tersebut. Lebih banyak motor digunakan, lebih banyak degree of freedom robot tersebut, yang bermakna robot tersebut dapat mempunyai pergerakan dalam darjah kebebasan yang banyak.Dalam video tersebut, motor yang digunakan adalah servo motor kerana pengawalan sudut menggunakan servo motor amat tepat sekali. Jadi, servo motor sangat sesuai digunakan untuk aplikasi ini.

Selain motor, sensor-sensor juga mesti digunakan untuk mengesan kedudukan robot tersebut. Jikalau anda lihat video tersebut, anda akan dapat melihat robot itu ruku’, sujud, dan bangun semula. Di sini, sensor memainkan peranan yang sangat penting. Sensor-sensor ini akan dapat mengesan perubahan arah koordinat robot, arah pusingannya, kedudukan robot, sudut robot. Dengan input yang didapati dari sensor tersebut, programmer dapatlah melakukan ritual ibadah solat kepada robot tersebut dengan mengarahkan pergerakan motor-motor servo tersebut untuk melakukan gerakan ritual solat sebagai output dari input sensor tersebut.

Itu adalah serba ringkas bagaimana satu robot humanoid itu berfungsi. Harap anda semua mendapat sedikit pengetahuan dari pembacaan di blog aku ini.

jazaree

Manusia Robot: Realiti Akhir Zaman (Bahagian 1)

Posted in Artikel-Artikel on Ogos 26, 2009 by jazaree

Artikel yang aku petik ini bukanlah artikel yang masih panas, cuma aku rasakan tajuk dia sangat-sangat bersesuaian dengan jiwa aku dan latar belakang aku. Perkembangan teknologi di dalam robotik memang sangat mengejutkan. Namun , fakta-fakta dari artikel ini aku rasa lagi mengejutkan aku. Aku rasakan ilmu yang aku tahu mengenai robot betul-betul sedikit untuk sampai ke tahap orang barat kuasai sekarang. Tapi aku harap, suatu hari nanti dengan ilmu ini aku akan beri sumbangan kepada agama Islam ini. InsyaAllah.

oleh ibnuyaacob

humanrobot

Agenda menghasilkan manusia separa robot bukanlah hanya fantasi di televisyen, tetapi ianya suatu usaha yang realiti dan benar-benar berlaku tanpa disedari orang awam. Usaha ini telah dilakukan oleh beberapa organisasi bukan kerajaan yang dipercayai ditaja oleh Illuminati.

Fokus penghasilan manusia separa robot

Sekumpulan ahli-ahli saintis yang terkenal (tetapi disembunyikan populariti mereka) dalam bidang sains biologi telah bersepakat bahawa dunia perlu menerima kewujudan ‘manusia separa robot’ sebagai langkah menghadapi bencana akhir zaman.

Menurut propaganda tahyul mereka, manusia akan menghadapi kepupusan populasi yang mendadak secara tidak sedar walaupun pada zahirnya statistik tahunan menunjukkan kadar kelahiran semakin meningkat.

Hujah kelompok saintis ini yang diketuai oleh Dr. Nick Bostrom menyatakan penyakit-penyakit moden akhir zaman dan perang nuklear yang bakal berlaku akan menyebabkan kadar kematian menaik dengan mendadak.

Mereka beralasan bahawa manusia biasa dengan keadaan biologi biasa tidak mampu menghadapi situasi ini kerana elemen kognitif manusia adalah sama sejak ribuan tahun dahulu tetapi persekitaran sentiasa berubah setiap tahun.

Atas alasan ini, Dr. Nick Bostrom telah memberikan penekanan bahawa hanya manusia yang mempunyai ciri-ciri biologi berteknologi sahaja yang mampu bertahan dengan perubahan dan ancaman dari bencana-bencana dunia.

Dalam seminar empat hari yang berlangsung di Universiti Oxford pada 5 Julai lepas, Bostrom menegaskan,

“Sebarang entiti yang didapati lebih bijak dari manusia akan ditakrifkan sebagai lebih berkuasa.”

Kenyataan tegas Bostrom di dalam seminar tersebut ini harus diperhalusi dan diambil berat oleh semua orang khususnya orang Islam kerana Dr. Nick Bostrom adalah Pengarah Future of Humanity Institute di Universiti Oxford.

Pembinaan Biologi Manusia yang lebih kompleks

Manusia separa robot yang bakal diperkenalkan ini bukanlah seperti Robocop, Terminator atau Data (pekerja kapal angkasa Star Trek). Ia juga bukanlah sejenis manusia yang dipenuhi besi-besi pada tubuh badan dan kepala.

Ianya lebih kepada pembinaan sistem saraf dalaman manusia yang disokong oleh teknologi nano dan micro cip. Ini bermakna, manusia itu tetap manusia tetapi keupayaan deria-deria semulajadinya akan dipertingkatkan ke tahap luar normal.

Kami percaya, peranan gabungan teknologi dengan biologi manusia akan diambil peranannya oleh jentera nano robot. Nano robot adalah satu vektor kompleks yang boleh diprogramkan peranannya dari jarak jauh, maka tidak mustahil jika ia di reconstruct sebagai penyokong saraf secara kekal.

Ini berdasarkan laporan dari seminar Dr. Nick Bostrom sendiri, sejenis nano robot berbentuk sel darah merah sedang dibangunkan untuk diuji pada bila-bila masa. Sel darah sintetik itu berupaya membuat pelari jarak jauh Olimpik bernafas hanya sekali dalam masa 15 minit. (mungkin telah digunakan beberapa kelab bola sepak profesional tanpa pengetahuan umum).

Kemungkinan sel darah sintetik akan digunakan anggota tentera Illuminati amat diyakini kerana ia mengelakkan keletihan yang teruk ketika perang. Manakala umat Islam secara holistik, semuanya layak menjadi tentera kerana mampu berpuasa tanpa sokongan nano robot dalam badan.

Perang akhir zaman akan lebih kompleks

Usaha-usaha kumpulan saintis Dajjal ini menunjukkan perang akhir zaman adalah lebih kompleks, maju, sistematik dan luar jangka. Situasi sebegini juga membuktikan bahawa hadith-hadith akhir zaman amat tepat dan bukan lagi sebuah bahasa kiasan atau perlambangan konsep. Maka disebabkan itu, kami telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan teknologi Nabi Isa pada tahun lepas.

Kemungkinan tentera-tentera Dajjal akhir zaman akan dianggotai oleh kelompok manusia separa robot semakin menjadi kenyataan. Ia bukan lagi dongeng Spielberg di layar perak, ia sedang berlangsung dan sedang diusahakan sekarang ini.

Dunia akhir zaman menunjukkan teknologi bukan lagi mesti memegang atau menggunakan sesuatu ‘alat maujud’ untuk menikmati teknologi itu tetapi ia sudah mencapai peringkat ‘gabungan bersama biologi manusia’.

Hakikatnya sekarang …

Berapa pula masa yang umat Islam ada untuk menghadapi perang akhir zaman ini? Sedangkan buku-buku teks sains di universiti tempatan pun masih lagi berhabuk dengan tulisan-tulisan saintis barat.

kurzweil03023

(Kanan) Dr. Ray Kurzweil, sekarang bertugas di Universiti Clarkson, New York.

Salah seorang ahli panel yang hadir bersama Bostrom iaitu Dr. Raymond Kurzweil telah mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan dengan penuh yakin;

“This will happen faster than people realize.”

Akhbar Fortune sendiri telah mengiktiraf Kurzweil sebagai “The Smartest Futurist on Earth”, manakala pengerusi Microsoft juga menggelarkan beliau sebagai “Visionary thinker and futurist.” Selain itu, Kuzrweil juga menjangkakan pada 2020, generasi kedua nano robot akan dihasilkan.

Ciptaan Allah,bukti kebesaran-Nya

Posted in Artikel-Artikel on Ogos 24, 2009 by jazaree

Tahukan anda bahawa diri kita terdiri daripada ciptaan yang sangat kompleks? Di sini aku nak letakkan satu artikel yang dipetik dari web supaya anda dapat melihat kebesaranNya.

Bagi pelajar jurusan kejuruteraan Mekatronik atau Robotik, anda pasti akan dapat memahami artikel ini dengan lebih mendalam kerana anda telah mempunyai pengalaman dengan robot-robot ciptaan anda. Dan anda sendiri telah mengetahui kelemahan robot-robot anda. Cuba anda bandingkan dengan ciptaan Allah, betapa kompleks dan sempurnanya ciptaan Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT, bahawa ilmu yang Allah berikan kepada kita ini hanyalah diibaratkan setitik dari lautan yang luas. Jadi, kepada graduan-graduan yang merasakan diri anda sudah cukup pandai, sedarlah diri anda. Kita semua masih banyak yang kurang dan perlukan petunjuk dari Allah SWT.

sumber artikel : klik sini

Jauh Lebih Hebat dari Tangan Robot

Tangan kita, yang dapat digunakan untuk melakukan kegiatan sehari-hari seperti mengaduk secangkir teh, membuka halaman surat kabar, atau menulis, telah dirancang sedemikian sempurna.

Ciri terpenting tangan adalah kemamuannya bekerja sebaik-baiknya dalam beragam kegiatan. Dengan dilengkapi otot dan saraf yang sangat banyak, lengan membantu tangan kita memegang benda dengan erat atau longgar sesuai dengan keadaannya. Misalnya, tangan manusia yang terkepal dapat memukul dengan pukulan seberat 45 kg.
Sebaliknya, melalui ibu jari dan jari telunjuk, tangan kita juga dapat merasakan sehelai kertas berketebalan sepersepuluh milimeter.
Jelas, kedua tindakan ini sangat berbeda sifatnya. Yang satu memerlukan kepekaan, sedang yang lain memerlukan kekuatan besar. Namun, kita tak perlu sedetik pun memikirkan apa yang perlu kita lakukan saat kita akan mengambil sehelai kertas dengan kedua jari atau memukul dengan kepalan. Kita pun tak perlu memikirkan cara menyesuaikan kekuatan tangan kita bagi kedua tindakan ini. Kita tak pernah berkata, “Sekarang saya hendak memungut sehelai kertas. Saya akan menerapkan kekuatan sebesar 500 g. Sekarang saya akan mengangkat seember air. Saya akan menerapkan kekuatan sebesar 40 kg.” Kita tidak pernah repot-repot memikirkannya.
Tangan-tangan robot yang dihasilkan memiliki kekuatan yang sama dengan tangan manusia, tetapi tidak memiliki kepekaan sentuhan, kesempurnaan daya gerak, dan kemampuan melakukan beragam pekerjaan.

Alasannya adalah tangan manusia dirancang untuk melakukan semua tindakan ini secara bersamaan. Tangan diciptakan sekaligus dengan keseluruhan fungsi dan keseluruhan rancangan terkaitnya.

Semua jari tangan memiliki panjang, letak, dan kesesuaian yang pas satu sama lain. Contohnya, kekuatan kepalan yang dibentuk tangan dengan ibu jari normal itu lebih besar daripada kekuatan kepalan yang dibentuk tangan dengan ibu jari pendek. Ini karena, dengan panjang yang sesuai, ibu jari dapat menutupi jari-jari lainnya dan membantu menambah kekuatan dengan mendukung jari-jari yang lain.
Ada banyak seluk-beluk terperinci pada rancangan tangan: misalnya, tangan memiliki bagian-bagian pembentuk yang lebih kecil di samping otot dan saraf. Kuku pada ujung jari bukanlah hiasan sepele yang tidak memiliki kegunaan. Ketika memungut jarum dari lantai, kita menggunakan kuku maupun jari. Permukaan kasar pada ujung jari dan kuku membantu kita memungut benda kecil. Kuku memiliki peranan sangat penting dalam mengatur tekanan amat lemah yang dikerahkan jari pada benda yang dipegangnya. Keistimewaan khusus tangan lainnya adalah tangan tidak pernah kelelahan.
Insinyur Hans J. Schneebeli yang merancang tangan robot, yang dikenal sebagai “Tangan Karlsruhe”, menyatakan bahwa semakin lama dia membuat tangan robot, semakin dia mengagumi tangan manusia. Dia menambahkan bahwa masih perlu waktu lama sampai kita dapat membuat tangan robot yang mampu melakukan sejumlah kecil saja pekerjaan yang dapat dilakukan tangan manusia..

Dunia kedokteran dan ilmu pengetahuan bersusah-payah berusaha membuat tangan tiruan. Sejauh ini, tangan-tangan robot yang dihasilkan memiliki kekuatan yang sama dengan tangan manusia, tetapi tidak memiliki kepekaan sentuhan, kesempurnaan daya gerak, dan kemampuan melakukan beragam pekerjaan.

Banyak pakar setuju kita tidak bisa membuat tangan robot yang memiliki fungsi tangan lengkap. Insinyur Hans J. Schneebeli yang merancang tangan robot, yang dikenal sebagai “Tangan Karlsruhe”, menyatakan bahwa semakin lama dia membuat tangan robot, semakin dia mengagumi tangan manusia. Dia menambahkan bahwa masih perlu waktu lama sampai kita dapat membuat tangan robot yang mampu melakukan sejumlah kecil saja pekerjaan yang dapat dilakukan tangan manusia.
Biasanya, tangan manusia bekerja bersama-sama dengan mata. Sinyal yang sampai ke mata diteruskan ke otak dan tangan bergerak menurut perintah yang diberikan otak. Tentu saja, ini berlangsung dalam waktu sangat singkat dan tidak diperlukan usaha khusus untuk melakukannya. Di lain pihak, tangan robot tidak dapat bergantung pada penglihatan dan sentuhan. Untuk setiap gerakan diperlukan perintah yang berbeda-beda. Selain itu, tangan robot tidak mampu melakukan bermacam fungsi. Contohnya, tangan robot untuk bermain piano tidak dapat memegang palu, dan tangan robot untuk memegang palu tidak dapat memegang telur tanpa memecahkannya. Beberapa tangan robot yang terakhir dibuat hanya mampu melakukan 2-3 gerakan bersamaan, tetapi ini masih sangat sederhana jika dibandingkan dengan kemampuan tangan manusia. Ketika Anda memikirkan kedua tangan yang bekerjasama secara selaras, kesempurnaan tangan ini akan lebih gamblang lagi.
Allah merancang tangan sebagai alat tubuh khusus bagi manusia. Dengan segala bagiannya, tangan manusia memperlihatkan kesempurnaan dan keunikan mahakarya ciptaan Allah.

Ramadhan, Bulan Kemenangan Umat Islam?

Posted in Pandangan Jazaree on Ogos 23, 2009 by jazaree

Sekali lagi kita diberi kenikmatan untuk melalui bulan ramadhan, bulan yang dijanjikan oleh Allah dengan segala macam rahmat. Bulan kemenangan umat Islam. Di dalam bulan ini, pelbagai peristiwa sudah berlaku, tidak perlulah aku senaraikan semuanya di sini kerana anda sendiri mungkin selalu sangat mendengarnya, ataupun anda bolehlah search di mana-mana enjin carian berkenaan peristiwa-peristiwa besar yang telah berlaku di dalam bulan Ramadhan ini.

Cuma, tulisan aku kali ini aku lebih berminat melihat perspektif kemenangan umat Islam di dalam zaman kita hari ini. Jikalau kita singkap kembali sejarah silam, kita sering diberitakan tentang di bulan ini pelbagai rahmat telah diturunkan oleh Allah kepada generasi terdahulu. Tetapi, persoalannya sekarang, mengapa pada era sekarang kita sangat sukar mendengar kemenangan Islam di bumi Malaysia kita ini. Apa yang kita tahu, jika sesuatu hukum Islam itu mahu dilaksanakan, akan ada pelbagai pihak bertungkus lumus habis-habisan memastikan hukum Islam ini tidak terlaksana di bumi Malaysia ini. Bagi aku, ini merupakan sunnatullah, kebenaran yang hakiki pasti akan ada musuh-musuh yang tidak meredhainya.

Di sini aku ada beberapa pandangan peribadi aku tersendiri yang aku rasakan kenapa kita sangat sukar mendapat kemenangan di bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain:

1.  Parti-parti politik yang diketuai oleh orang Islam bersengketa sesama mereka.

Bagi aku, ini merupakan salah satu faktor mengapa kita sukar mendapat kemenangan. Jikalau sebelum ini, kita tidak habis-habis mendengar parti-parti politik ini bergaduh sesama mereka, fitnah-menfitnah,tiada kesatuan. Bahkan di dalam bulan Ramadhan mereka ini akan saling hentam -menghentam. Mereka beranggapan bahawa mereka ini sahajalah yang betul, manakala parti-parti yang lain adalah menyimpang. Memang aku tidak nafikan, kadang-kadang ada parti politik negara kita yang diketuai oleh orang Islam banyak menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Tapi, mereka semua adalah umat Islam, PAS, UMNO, PKR. Semuanya adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai satu akidah yang sama dengan kita. Aku cukup kecewa apabila melihat mereka semua ini bergaduh sesama sendiri. Jikalau umat Islam bersengketa, bagaimana kita mahu memperoleh kemenangan? Ini telah menunjukkan bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat lemah. Musuh-musuh Islam sekarang ini sedang mentertawakan kita atas perpecahan kita. Bersatulah kita semua di dalam bulan yang mulia ini di atas jalan Islam wahai saudar-saudaraku!

2.    Golongan pemuda yang lalai

Pemuda Islam merupakan tonggak kepada kebangkitan ummah. Jikalau mereka tidak diasuh dengan ajaran Islam dengan secukupnya, maka rosaklah mereka. Aku juga merupakan salah satu daripada golongan pemuda Islam. Jadi, pandangan ini lebih kepada menasihati diri aku sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan lalai? Apa yang aku ingin katakan, walaupun aku terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi, namun aku masih selalu lalai dari mengingati Allah. Kadang-kadang, kesibukan yang aku hadapi membuatkan aku sering melengah-lengahkan solat. Merasa malas melakukan ibadah. Jikalau seorang yang berpendidikan pun masih merasai sedemikian, apatah lagi golongan pemuda yang tidak berpendidikan dan tidak menjaga agamanya. Jikalau di bulan puasa mereka masih melakukan kejahatan, bagaimana pula di bulan-bulan yang lain? adakah makin berkurang kejahatan mereka kepada Allah?

Generasi pemuda yang dinantikan adalah generasi rabbani. Generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka. Bukannya berpaksikan kepada barat seperti kebanyakan pemuda hari ini. Akademi Fantastia, Jom Heboh, One in a Million, dan banyak lagi. Diharapkan, satu hari nanti generasi pemuda yang berteraskan Al-Quran akan lahir dan memimpin negara kita ini dan juga umat Islam.

3.  Meninggalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah

Ini merupakan salah satu sebab yang terpenting mengapa kita masih belum beroleh kemenangan di dalam bulan Ramadhan ini. Al-Quran merupakan kalam Allah, yang jikalau kita mengikutinya kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Kelalaian kita dari menghayati ajaran Al-Quran dan sunnah menyebabkan kita tidak dapat melihat kesan penghayatan Al-Quran yang sebenar. Generasi terdahulu telah memperoleh kemenangan kerana mereka semua mengetahui hakikat ini, dan mereka semua berpegang teguh kepadanya. Kembali kepada ajaran Al-Quran yang sebenar akan mengembalikan zaman kemenangan kita kembali. InsyaAllah.

Penutup

Sebenarnya, masih banyak lagi sebab yang aku ingin berikan. Namun cukupla setakat ini dahulu, berkenaan point kedua, iaitu berkaitan pemuda. Aku nyatakan point ini kerana aku lebih fokuskan tulisan aku ini kepada golongan pemuda. Aku berhasrat memberi kesedaran kepada mereka dan juga kepada diri aku juga. Aku juga mohon maaf jikalau ada tersalah bahasa di dalam tulisan aku ini kerana aku budak baru belajar.

jazaree

Celcom Broadband yang mengecewakan

Posted in Pandangan Jazaree on Ogos 22, 2009 by jazaree

Tujuan aku buat blog ini untuk kongsi apa yang aku tahu kepada masyarakat umum. Tapi, nampaknya first post aku ini adalah berkaitan Celcom Broadband yang mengecewakan aku. Kelajuannya terlampaulah perlahan sehinggakan aku rasakan mahu saja ‘terminate’ dari pekhidmatan celcom ini.

Kelajuan internet seperti yang diwarwarkan Celcom hanyalah omongan semata-mata. Celcom giat mencari pelanggan, khususnya di kawasan yang mempunyai pengguna yang ramai dan berpotensi, contohnya seperti di IPT. Mereka giat mempromosi broadband mereka. Promosi terbaru yang aku dengar adalah RM50 sebulan dengan kelajuan yang setara dengan kelajuan RM68 sebulan, 386Kbps.

Dari apa yang aku nampak , walaupun pelanggan Celcom kian bertambah, Celcom seolah-olah tidak berusaha meningkatkan kualitinya. Servernya tidak diupgrade yang membuatkan kelajuan internet menjadi lembab. Terutamanya apabila pengguna ramai menggunakan perkhidmatan broadband pada satu tempoh masa yang sama menyebabkan bandwidth bagi setiap pengguna terpaksa dilimitkan. Apa yang mengecewakan aku, bila sudah lama menunggu ‘result’ dari enjin carian atau mana-mana web, hasilnya adalah ‘ page load error’ . Benda inilah yang paling aku benci kerana ia betul-betul telah membuang masa aku.

Menurut maklumat yang aku dapat, Celcom punya pemilik adalah orang Islam, sebab itulah aku masih menyokong syarikat ini. Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku tukar ke talian broadband yang lain. Jadi, aku harapkan, Celcom dapat menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Jangan hanya berpaksikan kepada keuntungan semata-mata sahaja. Jikalau dalam Islam pun, kita mempunyai etika di dalam menjalankan sesuatu perniagaan.

Jazaree